Sejarah dan Keutamaan Ayat Kursi

1:00 PM

Bismillahirrohmanirrohim

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.

Rosululloh saw dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit menulis serta menyebarkannya. Barangsiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insya-Alloh akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Alloh s.w.t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah"

Barangsiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Alloh.

Syeikh Abu Abbas menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, insya-Alloh, Alloh akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

Fadhilah Ayat Kursi mengikut Hadits-Hadits Rosululloh s.a.w. bersabda bermaksud:
"Barangsiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Alloh hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jum'at, kemudian berwudhu dan sholat sunnah dua raka'at, Alloh memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Alloh sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Alloh daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Alloh akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat mencegah pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Alloh, bisa menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama menduduki rumah itu sebaiknya membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Alloh mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barangsiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Alloh mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir setiap sholat Fardhu, ia akan berada dalam perlindungan Alloh hingga sholat berikutnya.

Barangsiapa membaca ayat Kursi di akhir tiap sholat, tidak akan dicegah dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Alloh memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah tetangganya & ahli rumah-rumah disekitarnya.


Sejarah dan Keutamaan Ayat Kursi


Barangsiapa membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Alloh menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala Nabi2 juga Alloh melimpahkan padanya rahmat.

Barangsiapa membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Alloh mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Alloh azza wajalla akan mengendalikan pengambilan ruhnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Alloh sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Alloh berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a. ,Rasullullah s.a.w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU
BIARPUN SATU AYAT...."

Wallohu A'lam. Semoga Bermanfaat.

Dihimpun dan disusun oleh Exclusives on


Description:
Rating: 4.5
Reviewer:
ItemReviewed: Voting : 1
This demo is purely for demonstration purposes and all the content relating to products, services and events are fictional and are designed to showcase a live site. All image in Public Domain.
Back to top