Dari Utsman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra (bapak saudara
Rosululloh SAW) dari Rosululloh SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi)
pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat
yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya
berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat
yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur,
mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka.
Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Alloh dan kami bersaksi bahwa Muhammad itu Rosululloh. Inilah yang telah dijanjikan oleh Alloh Ta'ala serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buroq. Isrofil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. 'Izroil pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Alloh dan kami bersaksi bahwa Muhammad itu Rosululloh. Inilah yang telah dijanjikan oleh Alloh Ta'ala serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buroq. Isrofil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. 'Izroil pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”
Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur.
Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-gunungku. Aku tidak tahu dimana
kubur Muhammad SAW.”
Rosululloh SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Rosululloh SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”
Isrofil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula
terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rosululloh SAW berdiri, baginda SAW
telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda Muhammad SAW
melihat kanan dan kiri. Baginda Muhammad SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda Muhammad SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Alloh Ta'ala di tempat yang luas.”
Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Alloh Ta'ala di tempat yang luas.”
Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai
Muhammad! Janganlah kamu takut!
Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari
pembentangan Alloh Ta'ala.”
Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang
terpacak di atasmu?”
Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu
akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”
Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi
daripada manusia, sebelummu?”
Baginda Muhammad SAW bersabda: “Niscaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku
akan mensyafaatkan umatku.”
Jibril as berkata kepada baginda Muhammad SAW: “Tungganglah Buroq ini wahai Muhammad
SAW dan pergilah ke hadapan Tuhan-mu!”
Jibril as datang bersama Buroq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buroq mencoba
meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buroq! Adakah kamu tidak
malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Alloh Ta'ala? Sudahkah Alloh Ta'ala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”
Buroq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia
mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Alloh Ta'ala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang
belum pernah terjadi sebelum ini.”
Baginda SAW bersabda kepada Buroq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan
syafaatku, niscaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda Muhammad SAW menunggangnya lalu dia
melangkah. Setiap langkahan Buroq sejauh pandangan mata.
Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Isrofil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Isrofil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada
beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan
berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan
kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya,
terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan
tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Alloh Ta'ala berfirman: “Wahai Isrofil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut
dan hidupkan mereka dengan izin-Ku akan penghuni kubur. Sebagian mereka adalah
golongan yang gembira dan suka. Sebagian dari mereka adalah golongan yang
celaka dan derita.”
Malaikat Isrofil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah
kamu kepada tubuh-tubuhmu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan
semesta alam.”
Alloh Ta'ala berfirman:
“Demi Keagungan dan Ketinggian-Ku! Aku kembalikan setiap roh pada
tubuh-tubuhnya!”
Apabila roh-roh mendengar sumpah Alloh Ta'ala, roh-roh pun keluar untuk
mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar
dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.
Nabi Muhammad SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk.
Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi
Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke
arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat
perhimpunan yang telah disediakan oleh Alloh Ta'ala.”
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi
Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”
Apabila Nabi 'Isa as datang, Jibril as menyeru: "Tempatmu!” Maka nabi 'Isa as
dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”
Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”
Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”
Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan
perlahan.”
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu
bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”
Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan
sholawat kepada baginda Muhammad SAW dengan apa yang telah Alloh Ta'ala muliakannya.
Mereka gembira karena dapat bertemu dengan baginda Muhammad SAW. Baginda Muhammad SAW juga
gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka
menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai
Muhammad!”
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman
mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di
sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Alloh Ta'ala
seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”
Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Alloh, Tuhan semesta alam.”
Alloh Ta'ala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang
tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”
Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik-baik umat.”
Alloh Ta'ala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasih-Ku Muhammad
SAW bahwa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad!
Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Alloh Ta'ala.”
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya
kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Alloh Ta'ala.”
Orang-orang yang berdosa menangis karena terkejut dan takut akan azab Alloh Ta'ala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka menuju di hadapan Alloh Ta'ala. Alloh Ta'ala berfirman: “Wahai
hamba-Ku! Dengarkanlah kamu baik-baik kepada-Ku tuduhan apa-apa yang telah
diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”
Hamba-hamba Alloh Ta'ala terdiam. Alloh Ta'ala berfirman: “Hari ini, Kami
akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku
akan memuliakan sesiapa yang mentaati-Ku. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang mendurhakai terhadap-Ku. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah
kepadanya, bawakan Jahanam!”
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Alloh Ta'ala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”
Malik bertanya: “Apakah hari ini?”
Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan
untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”
Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Alloh Ta'ala telah mengumpulkan
makhluk?”
Jibril menjawab: “Ya!”
Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”
Jibril berkata: “Di hadapan Alloh Ta'ala!”
Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap
kepanasan nyalanya Jahannam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah
umat yang lemah?”
Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan.
Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras,
kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk
melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. anak-anak mulai beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan
mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Rosululloh SAW Membela Umatnya
Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as.
Baginda bergantung dengan asap 'Arsy yang naik lalu menyeru: “Tuhan-ku dan
Penguasa-ku! Aku adalah khalil-Mu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini!
Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”
Alloh Ta'ala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab
kekasihnya.”
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap 'Arsy yang naik lalu
menyeru: “Kalam-Mu. Aku tidak meminta kepada-Mu melainkan diriku. Aku tidak
meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau balau Jahannam!”
'Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan 'Arsy
lalu menyeru: “Tuhan-ku... Penguasa-ku.. Pencipta-ku! 'Isa "Ruhaniyatihi" Aku tidak
meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau balau Jahannam!”
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru:
“Tuhan-ku.. Penguasa-ku Penghulu-ku.... !Aku tidak meminta untuk diriku.
Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari-Mu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam
berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”
Neraka pula berseru: “Wahai
Tuhan-ku... Penguasa-ku dan Penghulu-ku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari
siksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyiksaanku dan
azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar
dengan penyiksaan.”
Malaikat Zabaniah menolaknya
sehingga terdampar di kiri 'Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhan-nya.
Alloh Ta'ala berfirman: “Di mana
matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Alloh Ta'ala. Ia berhenti di hadapan Alloh Ta'ala.
Alloh Ta'ala berfirman kepadanya:
“Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?”
Matahari menjawab. “Tuhan-ku! Maha
Suci diri-Mu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian
sedangkan aku adalah hamba yang halus?”
Alloh Ta'ala berfirman: “Aku
percaya!”
Alloh Ta'ala telah menambahkan
cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali lipat. Ia telah dihampirkan dengan
kepala makhluk.”
Ibnu Abbas r.a. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Ibnu Abbas r.a. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih
lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda
SAW sujud di hadapan 'Arsy dan sekali lagi, baginda SAW ruku' untuk memberi
syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan
tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Alloh Hamba yang paling dimuliakan Alloh Ta'ala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.
Daripada Thabit Al-Bani, daripada
Utsman An Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’
r.a. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”
Baginda Muhammad SAW bersabda: “Permata
hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”
Fatimah menjawab: “Aku teringat
akan firman Alloh Ta'ala.”
“Dan, Kami akan mehimpunkan, maka
Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”
Lalu Nabi Muhammad SAW pun menangis.
Baginda Muhammad SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan
hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat
dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di
atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”
Fatimah r.a. berkata: “Wahai
bapakku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”
Baginda Muhammad SAW menjawab: “Wahai
Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib
dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Alloh Ta'ala:” Bagi setiap orang dari
mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.
( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: “Di mana
aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapakku?”
Baginda SAW menjawab: “Kamu akan
menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Fatimah r.h. bertanya lagi:
“Sekiranya aku mendapatimu tiada di telaga?”
Baginda SAW bersabda: “Kamu akan
menjumpaiku di atas Shirot sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru:
“Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para
malaikat akan menyambut: “Aamiin.”
Ketika itu juga, terdengar seruan
dari arah Alloh Ta'ala lalu berfirman: “Niscaya akan mengikuti kata-katanya pada
apa yang kamu sembah.”
Setiap umat akan berkumpul dengan
sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahannam melebarkan 'tengkuknya' lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah 'Arsy
kedengaran, maka manusia yang menyembah-Nya datang beriring. Sebagian daripada
orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”
Alloh Ta'ala berfirman kepada
mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”
Mereka berkata: “kami tidak
menyembah melainkan Tuhan kami. Dan, kami tidak menyembah selain-Nya.”
Mereka ditanya lagi: “Kami
mengenali Tuhan kamu?”
Mereka menjawab: “Maha Suci
diri-Nya! Tiada yang kami kenali selain-Nya.”
Apabila ahli neraka dimasukkan ke
dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan
penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniyah mencela mereka. Mereka berkata:
“Marilah kita pergi meminta syafa'at kepada Muhammad SAW!”
Manusia berpecah kepada tiga
kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang
menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian
mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar para Nabi didirikan di
atas kawasan lapang ketika kiamat. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi
Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat
berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik.
Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu
berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik
wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”
Mereka berkata: “Kami adalah umat
Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal
kami saja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula,
cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh karena itu tolonglah
kami agar memohon kepada Alloh Ta'ala untuk menghisab kami dengan segera! Sama
ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi Adam as berkata: “Pergilah
kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Alloh Ta'ala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya karena lalai. Mereka pergi
berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar.
Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW)
berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia
dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga
dan ahli neraka ke neraka.”
Nabi Nuh as berkata:
“Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku
dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Alloh Ta'ala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”
Nabi Ibrahim as berkata:
“Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di
dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah
pertolongan darinya!”
Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk
dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya
bukan dari kemauanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang
lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu
menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan
dosaku. Pergilah kamu berjumpa 'Isa as!”
Mereka pergi berjumpa nabi 'Isa
a.s. Nabi 'Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Alloh Ta'ala telah melaknat
orang-orang Nasrani. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan
selain Alloh Ta'ala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepada-Nya mengenai ibuku
Maryam.”
Maryam, Asiah, Khadijah dan
Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Maryam melihat umat Nabi Muhammad SAW
dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah tersesat dari Nabi mereka.”
Suara Maryam, telah didengari
oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini
umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat
kepada Alloh Ta'ala.”
Nabi Muhammad SAW menjerit dari
atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang
beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku
senantiasa memohon kepada Alloh Ta'ala untukmu!”
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul
di sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai
Adam! Ke marilah kepada Tuhan-mu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad!
Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Alloh Ta'ala. Alloh Ta'ala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan
anak-anakmu ke neraka!”
Nabi Adam as bertanya: “Berapa
banyak untukku kirimkan?”
Alloh Ta'ala berfirman: Setiap
seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”
Alloh Ta'ala berfirman lagi:
“Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak
melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, niscaya Aku akan
mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi
orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang mendurhakai-Ku Aku tidak akan
memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa
yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji
sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu!
Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa.
Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahwa,
sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap
yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhan-ku!
Penguasa-ku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah
hamba-Mu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
Umat Muhammad SAW Diseru Meniti
Shirot
Alloh Ta'ala menyeru: “Wahai
Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Shirat yang
dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”
Malaikat Malik berdiri di
pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari
umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Alloh Ta'ala, maka dia akan
terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai
Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada
orang yang diberatkan agar berjalan!”
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada
malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Alloh Ta'ala ke atasmu,
palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak,
hati mereka akan gemetar apabila melihatmu.”
Malaikat Malik memalingkan
mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan
kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda
kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Shirot ini!”
Kumpulan pertama berjaya
melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin
yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang
keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan
keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk karena mereka haus dan
penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di
atas Shirot. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di
atas Shirot, baginda Muhammad SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Kumpulan kedelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai karena terlalu banyak
kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai
Muhammad SAW!”
Nabi Muhammad SAW berkata:
“Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Kumpulan ke sembilan dan ke
sepuluh tertinggal di atas Shirot. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.
Dikatakan bahwa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan.
Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Alloh Ta'ala sahaja yang mengetahui.
Di atasnya ada anak-anak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka
dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu
dan bapak mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga.
Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi
ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga
bersama-sama.
Hanya tinggal, anak-anak yang belum melihat ibu dan bapak mereka. Suara
tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat
bapak dan ibuku.”
anak-anak yang belum melihat ibu dan bapak mereka telah berkumpul. Mereka
berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”
Malaikat berkata kepada mereka: “Bapak-bapak dan ibu-ibu kamu terlalu berat
dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami
akan duduk di pintu syurga moga-moga Alloh Ta'ala mengampuninya dan menyatukan
kami dengan mereka.”
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat
pembalasan yang pertama oleh mereka yaitu Shirot. Ia dipanggil “Tempat
Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Shirot.
Nabi Muhammad SAW melintasi Shirot bersama orang-orang yang soleh di
kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada
bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, anak-anak akan
meninggikan tangisan mereka. Rosululloh SAW bersabda:
“Apa yang berlaku pada anak-anak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka
menangis karena berpisah dengan bapak dan ibu mereka.“ Nabi SAW bersabda: “Aku
akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka,
Insya Alloh.”
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang.
Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita memohon kepada Alloh Ta'ala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita
sebagian daripada mereka.
Wallohu A'lam
Dihimpun dan disusun oleh Exclusives On
